Wednesday, December 19, 2012

~SaBar~


Bismillahirrahmanirrahim............

Sabar..perkataan yang sering keluar dari mulut orang yang aku sayang..memberi kata semangat supaya aku tidak berputus asa dalam hidup.  Tapi, kekadang perkataan sabar itu tidak semudah yang di ungkapkan. Hanya orang yang merasa beban yang ditanggung saja yang memahami erti sabar itu.  

Sabar, sangat besar maknanya bagi orang yang tahu apa erti yang sebenar di sebalik perkataan sabar itu.   Bagi aku, sabar itu mengajar aku untuk berharap, memberi aku semangat untuk meneruskan hidup ini.  Sesungguhnya hidup ini tidak pernah semudah yang di sangka.  

Tetapi, pernah aku merasa lelah kerana dugaan yang aku hadapi walaupun dugaan hanyalah seringan debu.  Namun, hati tidak pernah tenang apabila di landa dugaan.  Dan, ketika itu, perkataan sabar tidak ada erti lagi bagi aku sehingga aku memikirkan sesuatu yang boleh membuatkan aku jauh terpesong.  Aku duduk sejenak memikirkan nasibku, masa depanku dan aku teringat sesuatu ayat yang bermain di dalam otakku. "Kenapa engkau memikir hari semalam sedangkan ia tidak boleh di putarkan kembali, dan kenapa engkau memikirkan akan hari esok sedangkan ianya belum pasti terjadi. Hiduplah kamu untuk hari ini kerana hari ini adalah anugerah daripada-Nya dan jangan pernah engkau sia-siakan ia dengan kesedihan."

Sabar bagiku akan memberi kebahagiaan tetapi untuk merasai kebahagiaan itu, hatiku, fikiranku, dan doaku hanya pada yang satu, Allah S.W.T.  Berharaplah pada-Nya.  InsyaAllah, sesungguhnya Dia mengetahui akan segalanya.

No comments:

Post a Comment